Pembangunan CMS2.0 fasa 1 diberikan penekanan utama, memastikan setiap perkembangan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Perhatian khusus diberikan untuk membentuk repositori pengetahuan yang luas, mudah diakses, dan menyeluruh, sebagai panduan untuk mencapai prestasi terbaik.
Video ini merekod perjalanan workshop kearah pembinaan pasukan yang tidak hanya mahir dari segi profesional, tetapi juga memberi penerapan kesejahteraan holistik. Keseimbangan antara aspek intelek, emosi, rohani, dan jasmani menjadi fokus dalam kerjasama berpasukan.
Dalam usaha untuk memperkasa budaya kerja yang positif dan nilai kebersamaan, Digital Services OUM menonjolkan prinsip integriti, profesionalisme, kerjasama berpasukan, inovasi, dan kasih sayang.