scam

Jangan Terpedaya dengan “Macau Scam”!

Dalam dunia moden yang dilimpahi dengan pelbagai teknologi terkini, penipuan dalam talian semakin menjadi-jadi. Salah satu penipuan yang sering berlaku adalah “Macau Scam”. Macau Scam ini telah berjaya memperdaya ramai mangsa di seluruh Malaysia. Ia adalah tajuk yang sangat serius, tetapi kita boleh membincangkannya dalam gaya santai supaya ia mudah difahami dan menjadikan kita supaya lebih berhati-hati.

Apa Itu “Macau Scam”?

Jika anda baru mendengar tentang “Macau Scam,” ia adalah jenis penipuan di mana penjenayah berpura-pura menjadi pegawai polis atau pihak berkuasa lain, dan mereka akan menghubungi anda menerusi panggilan telefon. Mereka akan memberitahu anda bahawa anda terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti pengubahan wang haram atau penipuan kewangan, dan anda akan ditangkap jika tidak memberikan wang atau maklumat peribadi kepada mereka. Ini adalah penipuan yang sangat licik, kerana mereka juga akan menggunakan ancaman dan tekanan untuk memaksa mangsa membuat pembayaran dengan segera..

 

 

Cara Untuk Mengelak Dari “Macau Scam”:

  1. Berhati-hati Terhadap Panggilan Telefon: Jika anda menerima panggilan daripada pihak berkuasa yang meminta wang atau maklumat peribadi, berhati-hatilah. Sebenarnya, pihak berkuasa tidak akan meminta wang melalui panggilan telefon. Pasang aplikasi seperti Truecaller atau CallApps  bagi memudahkan anda menapis panggilan-panggilan yang tak dikenali.
  2. Semak Identiti Pemanggil: Pastikan anda memeriksa identiti pihak yang menelefon anda. Anda boleh meminta nombor telefon mereka dan menyemak dengan pihak berkuasa yang sebenar untuk mengesahkan.
  3. Jangan Panik: Penjenayah akan cuba memaksa anda membuat keputusan segera. Jangan panik. Ambil masa untuk berfikir sebelum membuat sebarang keputusan.
  4. Jangan Kongsi Maklumat Peribadi: Jangan kongsi maklumat peribadi, seperti nombor kad pengenalan, nombor kad  kredit, kata laluan bank, atau nombor akaun bank dengan sesiapa sahaja melalui panggilan telefon. Pihak berkuasa sebenar tidak akan meminta maklumat ini menerusi telefon.
  5. Rujuk Kepada Pihak Berkuasa: Jika anda ragu-ragu, hubungi pihak berkuasa yang sebenar untuk mendapatkan nasihat. Mereka akan membantu anda mengesahkan keaslian panggilan tersebut.
  6. Beritahu Keluarga dan Rakan-rakan: Beritahu keluarga  dan rakan-rakan anda tentang kewujudan penipuan ini supaya mereka juga berhati-hati.

“Macau Scam” adalah penipuan serius yang boleh merugikan anda secara kewangan dan juga emosi. Maka amatlah penting untuk kita sentiasa berhati-hati dan berpendirian teguh dalam menghadapi situasi seperti ini. Ingat, pihak berkuasa sebenar tidak akan meminta wang atau maklumat peribadi melalui panggilan telefon. Berhati-hatilah dan sampaikan kepada orang lain untuk mengelakkan mereka dari menjadi mangsa penipuan ini.

cybersecurity-cybercrime-internet-scam-anonymous-hacker-crypto-currency-investment-digital-network-vpn-technology-computer-virus-attack-risk-protection-min

Apa itu Email Phishing? Kenali Jenis dan Cara Menghindarinya

Email phishing merupakan ancaman siber yang serius, dan untuk melindungi diri anda, adalah penting untuk memahami jenis-jenisnya dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan. Berikut adalah panduan lengkap mengenai apa itu email phishing, cara mengenal pasti jenis-jenisnya, dan langkah-langkah untuk menghindarinya.

Apa itu Email Phishing?

Email phishing ialah penipuan dalam talian di mana penyerang menyamar sebagai entiti yang dipercayai melalui emel untuk mendapatkan maklumat sensitif dari kita. Mereka mencipta pesanan yang kelihatan sah untuk memancing kita melakukan tindakan tertentu, seperti mengklik pautan berbahaya atau memberikan maklumat sulit.

Jenis-Jenis Email Phishing yang Perlu Diketahui

  • Spear Phishing: Penipuan ini lebih spesifik, di mana penjenayah menyamar sebagai individu tertentu, mungkin bos anda atau rakan sekerja.

  • Vishing (Voice Phishing): Taktik ni guna suara. Penjenayah boleh telefon anda dan buat anda percaya yang mereka dari institusi terkenal.

  • Smishing (SMS Phishing): Kali ni, penjenayah guna pesanan teks. Berhati-hati dengan pautan pelik dalam SMS!

  • Clone Phishing: Penipu akan “klon” email sah anda dan tukar beberapa perkataan atau pautan untuk tipu orang.

Cara-Cara Menghindari Email Phishing

  • Periksa Alamat Emel: Jangan tergesa-gesa klik pautan. Pastikan alamat emel betul-betul dari sumber yang sah.

  • Jangan Kongsi Maklumat Peribadi: Institusi kewangan atau syarikat terkemuka takkan minta maklumat peribadi melalui emel. Jangan jatuhkan mangsa!

  • Periksa Tanda-Tanda Aneh: Ejaan yang salah, tanda baca pelik, atau logo yang tak betul mungkin petunjuk bahaya.

Tips Keselamatan Emel yang Penting

  • Gunakan Antivirus yang Berkualiti: Pastikan komputer atau telefon pintar anda dilindungi dengan antivirus yang terkini.

  • Perbarui Kata Laluan: Selalu ubah kata laluan emel anda dan jangan guna yang sama untuk semua akaun.

  • Upgrade pengetahuan: Sentiasa mengambil tahu tentang maklumat terkini mengenai teknik penipuan yang terbaru.

Dengan memahami jenis-jenis email phishing dan mengikuti tips mudah ini, kita dapat melindungi diri daripada ancaman siber ini. Terus berwaspada, pelihara maklumat peribadi, dan terus tingkatkan pengetahuan keselamatan siber anda.

digitalservices_Digital_Footprint_information_technology_online_2761f8ad-e173-4ef4-a609-e00a242cd51f

Exploring the Digital Footprint: Navigating the Online World with Awareness

In this digital age, every move we make on the internet leaves a digital footprint. But what exactly is it, why do we leave it, and how can we manage our digital footprint? Let’s delve into what a digital footprint is, why we create it, and how we can handle it responsibly.

 

Understanding the Digital Footprint: Traces in the Digital Space

A digital footprint is the result of our activities on the internet. Every action, from consciously sharing information to unknowingly conducted activities, shapes our digital footprint. This includes personal messages, emails, browsing history, responses to content, relationship statuses, and how we use mobile devices. Our digital footprint consists of both active and passive traces.

 

Active Footprint: Intentional Sharing in the Digital Space

Every intentional sharing online contributes to the active footprint. It includes tweets, comments, and uploads to the cloud or email. Everything we choose to share online leaves a trace that can be tracked.

 

Passive Footprint: Unconscious Trails Left Behind

The digital footprint is also formed without our awareness. The passive footprint includes data collected automatically without our consent, such as the type of device used, IP address, and operating system preferences. Unconscious online activities also leave a passive footprint.

 

How We Leave a Digital Footprint?

Leaving a digital footprint is challenging in this technological era. However, we can reduce its impact with awareness and the following actions:

  • Control Settings Choices: Before using electronic devices, understand and control the privacy settings of browsers and websites. Being aware and managing cookies also helps reduce the digital footprint.
  • Select Information to Share: Set limits on the information you share online. Establish guidelines on the types of information that can be shared to prevent over-sharing.
  • Check and Update Information: Regularly check and update your personal information on websites and online services. Inform relevant parties if there is inaccurate information that needs updating.
  • Deactivate or Delete Old Accounts: Deactivate accounts that are no longer in use to reduce the digital footprint. Contact website services to delete information if necessary.
  • Use a Virtual Private Network (VPN): A VPN helps hide your IP address and encrypt internet traffic, giving you more control over your data and reducing third-party tracking.

 

Is Having a Digital Footprint Bad?

A digital footprint itself is not inherently positive or negative. It is a result of the data we share. How we manage and leverage it determines its impact. Issues arise when we are unaware of the amount of information we share or the potential risks after that information is on the internet.

 

Managing and Understanding Your Digital Footprint

Managing our digital footprint is our responsibility. With increased awareness and a better understanding, we can control the impact of our digital footprint. Remember, every step in the digital world contributes to the story of ourselves. By understanding our digital footprint, we can navigate the online world with more confidence and responsibility.